Citarasa asli Terengganu
Citarasa asli Terengganu
Nak Try Boleh ke!!!
Kami di Jemmy's Recipe Losong Lekor 996 menghasilkan keropok lekor berkualiti tinggi yang menggabungkan tradisi dan inovasi. Kami menawarkan cita rasa autentik yang memikat hati, dibuat daripada ikan segar dan berkualiti. Kami menjamin kesegaran dan kesedapan setiap hidangan, Kami berusaha untuk memperluaskan lagi jangkauan produk kami. Jemput singgah ke kedai kami dan nikmati pengalaman makan keropok Panas-panas dari dapur. Dapatkan hidangan yang memuaskan dan nikmatilah kelazatan keropok lekor berasaskan ikan 100% setiap kali anda merasa lapar. Hubungi kami hari ini untuk tempahan atau kunjungi kedai kami untuk mencuba sendiri!
Citarasa asli 100% dari Terengganu
Citarasa asli 100% dari Terengganu
sebahagian hidangan makanan Terengganu yang berasaskan ikan keluaran Jemmy’s Recipe.
1. Keropok Lekor : Makanan ringan yang popular, direbus atau digoreng, dibuat daripada campuran tepung dan ikan yang diuli sehingga menjadi doh.
2. Sata: Makanan yang mirip dengan sate, dihasilkan daripada ikan parang yang dibalut dalam daun pisang/kulit popia dan dipanggang/digoreng.
3. Otak-otak: Dibuat daripada campuran ikan, rempah, dan santan yang dibungkus dalam daun kelapa sebelum dipanggang.
4. Keropok Keping: Hidangan ringan yang diperbuat daripada campuran tepung dan ikan yang dipotong nipis dan dikeringkan.
Keropok keping
Keropok lekor (cili)
Sata popia ikan
Keropok lekor (goreng)
Testimoni pelanggan
Sedap & lembut
"Saya tidak pernah kecewa dengan Keropok Losong Lekor 996. Mereka Tidak hanya menawarkan keropok lekor terbaik yang pernah saya cuba, tetapi mereka juga memberikan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. Sungguh pengalaman membeli-belah yang memuaskan."
-Linda, Shah Alam
Penggemar keropok lekor
"Saya Setia dengan Keropok Losong Lekor 996 selama bertahun-tahun. Rasa dan kualiti yang konsisten."
- Dani, Kuala Berang
Rasa asli Terengganu pior
"Keropok Losong Lekor 996, kegemaran keluarga kami. Rasa isi ikan dan kesedapan yang dijamin setiap kali membelinya."
- Mariam, Bukit Mertajam
Siapa dia
Siapa dia
Jemmy's Recipe Losong Lekor 996
Jemmy's Recipe Losong Lekor 996
Mohd Alhazmi, atau Jemmy, adalah pemilik Jemmy's Recipe Losong Lekor 996. Beliau memulakan kerjayanya 20 tahun yang lalu di Kencana Oil & Gas di Manjung, Perak. Setelah itu, beliau mencuba nasib dalam perniagaan pertama dengan membuka kedai nasi kukus ulek mayang, yang kemudian ditutup. Tidak berputus asa, beliau terus mencuba dan berjaya membina perniagaan kedua dalam bidang char kue tiew yang berjalan selama tiga tahun sebelum mengalami kegagalan.
Walaupun menghadapi kejatuhan dari perniagaan yang lalu hampir sepuluh tahun yang lalu, kini beliau bangkit semula dengan Keropok Losong Lekor 996, yang terletak di Batu 18, Ajil, Terengganu. Selain itu, beliau juga telah memperluaskan kepakaran perniagaannya dengan mengendalikan bisnes nasi dagang tradisional Terengganu dan ketupat palas, yang semuanya memberikan peluang untuk terus berkembang dan memberi sumbangan kepada komuniti setempat. Keazaman dan ketabahan Jemmy adalah inspirasi yang menggerakkan beliau untuk terus berusaha dan mengharungi cabaran kehidupan perniagaan.
Jemmy's Recipe
Jemmy's Recipe
Jumpa lagi,
Jumpa lagi,
“Selamat menjamu selera
Di Jemmy's Recipe LOSONG LEKOR 996"
Telefon
alhazempiremall@gmail.com
Alamat kedai